CELIK ICT / KOMUNITI PINTAR

Nama : Muhamad Nabil Shafuwan Bin Ahmad Kamal
Umur : 13 tahun
Ahli : 2017


Latar belakang
Muhamad Nabil Shafuwan Bin Ahmad Kamal merupakan pelajar dan penduduk berhampiran dengan Pusat Internet. Beliau hadir ke Pusat Internet untuk mengakses internet dan belajar.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM 
Sebelum adik shafuwan menggunakan Pusat Internet, Pada awalnya beliau sudah tahu untuk menggunakan komputer tetapi masih tidak cepat dalam menggunakan komputer. Beliau agak kekok menggunakan tetikus dan menaip.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Selepas adik shafuwan menggunakan Pusat Intenat, Beliau menghadiri pelbagai latihan ICT yang diadakan di PiM. Kini beliau sudah tahu cara menggunakan komputer dengan betul dan makin cekap mengendalikan komputer.Kini beliau sudah cekap untuk menggunakan internet dan menggunakan internet untuk belajar , membuat kerja sekolah dan bermain.

  

USAHAWAN ANIZA BINTI MAT NOR

Nama : Aniza Binti Mat Nor
Umur : 46 tahun
Ahli : 2016


Latar Belakang
Puan Aniza merupakan usahawan yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan penjagaan kecantikan,spa dan salon di kawasan perumahan beliau. Selain itu beliau juga menjual produk-produk kecantikan, kesihatan dan produk keperluan harian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Beliau hanya menggunakan ICT untuk kegunaan harian dan tidak berapa cekap dalam mengunakan applikasi suntingan gambar untuk mempromosikan produk-produk  dan perniagaan beliau. Beliau hanya menjual produk-produk melalui kenalan-kenalan dan perniagaan dari rumah ke rumah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Selepas penglibatan kan diri di Pusat Intenet, dengan melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Malaysia Kg Tersusun Tasek Permai, Beliau kini telah mahir dalam membuat iklan servis dan produk dengan menggunakan Adobe Photoshop dan menyuting gambar-gambar produk dan beliau juga sudah memiliki facebook page dan akaun instagram untuk mengiklankan perkhidmatan servis beliau. Disamping itu beliau telah mempromosikan  servis beliau melalui group telegram.


 

USAHAWAN  MOHD FADLI BIN BURHAN

Nama : Mohd Fadli Bin Burhan
Umur : 33 tahun
Ahli : 2017


Latar Belakang
Encik Mohd Fadli adalah merupakan usahawan separuh masa dan 
menjalankan perniagaan Nanostix. Iaitu alat bagi mengurangkan ketagihan merokok.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Sebelum penglibatan PIM, Penjualan sebelum ini hanya tertumpu kepada rakan-rakan dan jiran setempat sahaja di sekitar Batu Gajah Perak. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Selepas penglibatan PIM,
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Malaysia Kg Tersusun Tasek Permai, beliau kini telah mempromosikan produk beliau dalam instagram dan whatasapp. Beliau juga dapat mempelajari Teknik menangkap dan menyunting gambar untuk membuat iklan dan juga poster pernigaan beliau didalam instagram dan juga facebook. Permintaan beliau telah meningkat setelah mempromosikan di dalam media sosial dari semasa ke semasa. 



USAHAWAN NOR AIDA BINTI ADNAN

Nama : Nor Aida Binti Adnan
Umur : 46 tahun
Ahli : 2016


Latar Belakang
Puan aida merupakan usahawan sambilan dengan menjual produk kesihatan. Beliau menjual produk kesihatan berasaskan Herba. Puan Aida menjual produk kesihatan seperti Ubat berasaskan Herba Seperti Ubat Kencing Manis,Darah Tinggi, Ubat Buasir

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Beliau hanya menggunakan ICT untuk kegunaan harian dengan melayari youtube, facebook serta bersosial di alam maya. Penjual produk kesihatan juga hanya terhad kepada rakan-rakan serta kenalan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Kg Tersusun Tasek Permai, Beliau kini telah berjaya mengiklankan perjualan produk kesihatan beliau mengunakan facebook ads dan dengan bantuan petugas beliau telah membina facebook page untuk produk tersebut. Hasilnya beliau mendapat pendapatan anggaran lebih RM500 sebulan dari hasil jualan tersebut.





USAHAWAN  NURULAEIN SARAH BINTI ABU ISHAK

Nama Nurulaein Sarah Binti Abu Ishak
Umur : 32 tahun
Ahli : 2015


Latar Belakang
Puan Nurul merupakan ahli terawal Pusat Internet Kg Tersusun Tasek Permai, Puan Nurul merupakan usahawan separuh masa dan mengusahakan perniagaan baju kanak-kanak dan t-shirt dewasa.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Sebelum penglibatan PIM, 
Pelangan beliau hanya rakan-rakan kenalan dan jiran-jiran setempat. Beliau mempromosikan produk beliau melalui whatsapp dan dari mulut ke mulut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Selepas penglibatan PIM, Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Malaysia Kg Tersusun Tasek Permai, kini beliau telah memasarkan produk dan perkhidmatan beliau dilaman sosial nya seperti facebook/instagram dan sambutan pelangan lebih meluas dari sebelum ini.  Beliau dapat mempelajari cara untuk membuat jualan dan mengambil tempahan dari Facebook, Instagram & WhatsApp.Puan Nurul juga dapat mempelari cara untuk membuat Ms Office & Ms Powerpoint untuk membuat pengiraan stok produk, pengiraan untung rugi dan juga cara untuk membuat broucher & iklan bergambar.