PROGRAM KESIHATAN WANITA BERSAMA MASYARAKAT

Panel Penasihat KKIA Batu Gajah bersama Peserta Pengkhususan Kejururawatan Kesihatan Awam KSKB SAS, Ulu Kinta menganjur satu program berkaitan kesihatan Wanita pada 9 Januari 2016 (Sabtu) bertempat di Dewan Dato’ Hamidah Taman Lembah Permai. Program bermula pada jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan berkaitan kesihatan wanita dalam kalangan masyarakat. Tambahan pula, untuk memberi pendedahan tentang pemakanan sihat bagi ibu hamil yang berisiko tinggi. Di samping itu juga, program yang dijalankan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat berkaitan amalan perancang keluarga yang selamat. Pelbagai aktivti menarik dijalankan antaranya senaman Aerobik, pemeriksaan kesihatan percuma, pameran kesihatan tentang perancang keluarga, ceramah yang disampaikan oleh Dr. Nor Azian Binti Abd Wahab tentang Anemia dalam kalangan ibu hamil dan amalan perancang keluarga di kalangan ibu berisiko tinggi, demo masakan kerabu pucuk paku, dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak. Program sebegini memberikan pengetahuan yang bernilai kepada para wanita untuk mengamalkan cara pemakanan gaya hidup sihat. Diharapkan agar program sebegini akan sentiasa berterusan dianjurkan supaya masyarakat setempat mendapat pendedahan dan kesedaran tentang ilmu kesihatan diri.

 

SUMBER: PJKA PN. HARYATI ASHIKIN MOHD NOR

Sub-kategori