1. SEKOLAH RENDAH / MENENGAH ST. BERNADETTE’S CONVENT

Ditubuhkan pada tahun 1948 oleh pihak Society of St. Moor Malaya, sekolah St. Bernadette’s Convent ini bermula sebagai sekolah persendirian dan menumpang di bangunan sekolah Agama Gereja St. Joseph, Batu Gajah di bawah Sr Ignatius dan Sr Winifred sehingga tahun 1953. Sekolah ini menjadi bantuan separuh kerajaan pada tahun 1950 dan darjah tertinggi sekali ialah darjah satu (iaitu darjah 3 sekarang). Sekolah Convent yang diduduki oleh pelajar sekarang merupakan bangunan yang telah dibina di Jalan Pusing lebih kurang 3 Km dari Pekan Batu Gajah pada tahun 1953. Sekolah ini terbina hasil titik peluh daripada Mother Pauline yang berusaha menggumpul dana dan bantuan derma daripada firma-firma, dermawan, serta sumber-sumber lain. Pada masa itu, sekolah Convent Cuma ada 10 buah bilik darjah sahaja termasuk sekolah menengah. Setiap tahun yang berlalu membawa perubahan kepada sekolah tersebut dengan dilengkapi beberapa kemudahan bilik darjah, meja, kerusi yang bertujuan menjamin keselesaan murid dan juga guru yang mengajar.

ALAMAT : 

Sekolah Menengah Kebangsaan St. Bernadette'S Convent

Jalan Pusing 31000, Batu Gajah

Perak Darul Ridzuan,  Malaysia

Telefon : 05-3661577

Fax : 05-3666426

Sumber : http://smkstberconvent.edublogs.org/

2. SEKOLAH MENENGAH SULTAN YUSSUF

Sekolah Menengah Sultan Yussuf, merupakan sekolah Inggeris pertama yang ditubuhkan di Batu Gajah dan diasaskan oleh seorang dermawan dari India iaitu Encik K.Malaiperumal pada tahun 1907. Yang menariknya tentang sekolah ini, Al Marhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al Marhum Sultan Yussuf Izuddin Shah pernah menjadi pelajar sekolah ini. Pada ketika itu sekolah ini dikenali sebagai Goverment English School. Setiap tahun Al Marhum D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah akan dijemput untuk merasmikan Hari penghargaan sekolah. Pada 15 Oktober, 1951 sekolah ini telah di tukarkan nama kepada Sultan Yussuf School (SYS) sempena nama D.Y.M.M Sultan Perak yang ke-32 dan kekal nama itu sehingga sekarang.

ALAMAT :

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yussuf

Jalan Ilmu

31000 Batu Gajah , 

Perak Darul Ridzuan,  Malaysia

Phone: 05-366 1604

Fax: 05-366 9271

Sumber: http://smksy.edublogs.org/