a) Lokasi Batu Gajah

Dari arah selatan tanah air:
Sekiranya anda datang dari arah selatan, melalui lebuhraya utara selatan dimana anda akan melalui Tg. malim, Slim River, Sungkai,dan Tapah seterusnya anda akan temui jalan susur keluar Gopeng iaitu laluan utama ke Batu Gajah. Setelah keluar dari tol Gopeng, masuk simpang ke kanan dan melalui jalan tersebut anda akan melalui jalan Pekan Gopeng, Perindustrian Gopeng dan PUSPAKOM. Setelah itu, anda akan temui lampu isyarat dan masuk simpang ke kiri, melalui jalan Gopeng. Simpang tersebut adalah jalan utama ke Batu Gajah, anda akan melalui Taman Herba Negeri Perak. Melalui jalan tersebut juga, dalam kira-kira 12 km untuk sampai ke Batu Gajah, anda akan melalui Kellie Castle sebuah tempat pelancongan yang ada di Batu Gajah.

Dari arah utara tanah air:
Dari arah utara pula, anda akan melalui lebuhraya utara-selatan dan anda akan keluar melalui susur keluar Simpang Pulai di lebuhraya utara selatan. Mula daripada tol simpang pulai,masuk ke kiri dan anda akan melalui pekan lama simpang pulai dan terus lagi sehingga bertemu lampu isyarat dan masuk simpang ke kanan. Anda akan melalui jalan yang sama apabila anda datang dari selatan, iaitu jalan gopeng yang melalui taman herba dan kellie castle yang jarak untuk ke batu gajah kira-kira 12 km.

Sumber : http://www.mdbg.gov.my/web/guest/panduan-ke-batu-gajah

b) Populasi Penduduk

 Sumber: Ketua Kampung, kg. Sungai Terap