USAHAWAN KEREPEK WONDER CHEESE

Nama : Wan Muhamad Niskandar Bin Wan Tazar
Umur : 15 tahun
Ahli : 2017


Latar belakang
Wan Muhamad Niskandar Bin Wan Tazar adalah usahawan kecil kerepek wonder cheese di Pusat Internet Tasek Permai Batu Gajah, Perak

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Wan Muhamad Niskandar Bin Wan Tazar adalah usahawan separuh masa bagi menjual makanan Kerepek wonder cheese. Cik Iskandar menjual secara kecil-kecilan di kawasan perumahan Taman Lembah Permai dan di Pusat Internet Kampung Tersusun Tasek Permai. Perniagaan kecil-kecilan ini telah mendapat ilham pada ibunya dan mula memasarkan pada tahun ini. Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan di PIM, keuntungan yang beliau perolehi kurang daripada RM30.00 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Selepas penggunaan ICT dan penglibatan aktif PIM dengan melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Malaysia Kampung Tersusun Tasek Permai, kini telah memasarkan Produk Makanan yang dihasilkan ini dilaman sosialnya seperti Facebook, Wechat dan Instagram beliau telah mendapat pendapatan tetap bulanan sebanyak rm200.00 dan keatas. Sekarang cik iskandar dapat membuat kerja-kerja pemasaran produk dengan lebih cepat kerana internet yang disediakan merupakan internet yang berkelajuan tinggi. Hal ini dapat menjimatkan masa dan kos perniagaan beliau.Menurutnya lagi pengetahuan dalam bidang ICT yang dipelajarinya dapat ditingkatkan dengan bantuan oleh petugas dengan hanya menjadi ahli. Kini beliau sangat aktif memasarkan produk di laman sosial Facebook, Wechat dan Instagram setelah mendapat bimbingan daripada petugas. Pendapatan hasil daripada menjual makanan Kerepek wonder cheese agak meningkat dari semasa kesemasa. Sehingga kini beliau masih lagi meneruskan pembelajaran di Pusat Internet Malaysia Kg Tasek Permai untuk membuat iklan & video mempromosikan produknya.