Sejarah Batu Gajah

Beberapa versi telah dilaporkan mengenai asal usul nama Batu Gajah. Mengikut versi yang pertama, apabila bijih timah mula dijumpai di Batu Gajah, ramai pedagang asing dari Sumatera datang melalui Sungai Kinta untuk berdagang timah. Mereka kebanyakannya penganut agama Buddha yang menyembah berhala. Oleh sebab tempat tersebut belum bernama, mereka telah mengukir dua batu besar di tebing Sungai Kinta menyerupai dua bentuk ekor gajah. Kemudiannya versi kedua, pelombong-pelombong bijih timah telah menemui batu-batu sebesar gajah dan keras seperti kepala gajah. Pelombong-pelombong kemudiannya menamakan kawasan tersebut ‘Batu Gajah’ (Batu Besar)

Mengikut satu lagi versi, iaitu versi yang mungkin lebih credible, nama Batu Gajah diambil daripada nama sebuah kampung Mandailing di Medan, Indonesia. Kampung tersebut masih lagi wujud. Biar apa sekali versinya, perlu dinyatakan di sini bahawa gajah bukanlah sesuatu yang asing bagi orang Melayu. Binatang darat paling besar ini telah digunakan secara meluas bagi pengangkutan darat di negeri-negeri Melayu sehinggalah awal tahun 1910-an. Dalam Perarakan Diraja Perak, pasukan gajah yang membawa rengga (tempat duduk belakang gajah) biasanya dihias berwarna-warni diiringi oleh juak-juak (biduanda) yang berpakaian indah membawa alat-alat kebesaran dan payung Diraja. Disamping itu, gajah juga digunakan dalam kerja-kerja pembalakan dan mengangkut hasil serta alatan perlombongan di Daerah Kinta.

 Sejak 1880-an lagi, Batu Gajah merupakan tempat pertemuan pembesar-pembesar Tanah Melayu pada masa itu. Di Batu Gajah pada masa itu ada Gelanggang Perlumbaan Kuda (Race Course). Kuda-kuda didatangi dari Pahang dan Johor untuk berlumba di sini. Ada terdapat sebuah Kelab tempat perjumpaan dan riadah bagi pegawai kerajaan dan pembesar-pembesar negeri. Dari segi ini, Batu Gajah sudah dikenali sejak 1880-an lagi. Mengikut bukti yang ada, Batu Gajah sudah wujud sekitar tahun 1870-an. Menurut diari J.W.W. Birch, Resident British Pertama di Perak, beliau pernah melawat Batu Gajah pada 30 April 1875. Beliau menyebut Batu Gajah sebagai sebuah kampung yang besar di tepi Sungai Kinta dan terdapat sebuah relau yang besar untuk melebur bijih timah.

 Di Batu Gajah terdapat penduduk yang berbilang kaum iaitu Melayu (dari suku kaum seperti Mendailing, Rawa, Talu, Acheh, Jawa dan lain-lain), Cina, India, Ceylon, Punjabi, Parsi, Arab dan lain-lain. Tidak hairanlah penduduk Batu Gajah dapat memahami dan menyesuaikan diri dengan corak hidup pelbagai kaum sehingga dapat melahirkan suasana yang aman damai.

SEJARAH KG. SUNGAI TERAP

Kampung Sungai Terap diasaskan oleh Toh Panjang Bongkok dan merupakan kampong pertama dikawasan Batu Gajah yang mempunyai masjid. Antara kampung, taman dan lain-lain yang berdekatan Kampung Sungai Terap ialah:

Kampung

Taman

Lain-lain

Kampung Air Mati

Taman Bandar Tasek Idaman

Bandar Tasek Idaman

Kampung Pisang

Taman Lembah Permai

Changkat Larang

Kampung Baru Chenderong

Taman Bemban Raya

Jalan Pandak Akhat

Kampung Baru Kinta Valley

Taman Melor

Gopeng Estate

Kampung Pasir Baru Sungai Terap

Taman Mewah

Kuarter KTMB

Kampung Seri Jaya 1

Taman Orkid

Kampung Seri Jaya 2

Taman Seri Wangsa

Kampung Sungai Terap

Taman Pinggiran Saujana

Kampung Baru M.T.D

Taman Saujana

Kampung Tasek Permai

Taman Batu Gajah Perdana

Kampung Tersusun Sri Rahmat

Taman Changkat Jaya

Kampung Tersusun Sentang

Taman Puncak Anggerik

Kampung Sri Mariah

Taman Mutiara

Kampung Paya Mat Insun

Kampung Redang Sawa

Kampung Ara Payung

Mengikut cerita lisan dari orang-orang tua, nama Kampung Sungai Terap yang ada sekarang ini diambil dari nama pokok Trap. Kampung Sungai Terap ini dahulunya terletak ditepi Sungai Kinta dengan nama asal Kampung Batang Medang. Apabila Sungai Terap tersebut diluruskan seperti hari ini semua penduduk dan rumah-rumah dikawasan tersebut dipindahkan ke Kampung Sungai Terap yang ada sekarang.

Kampung Sungai Terap ini terletak lebih kurang 50 metar dari Pusat Bandar Batu Gajah dan Pusat Pentadbiran Daerah Kinta. Pejabat Majlis Daerah Kinta Barat dan lain-lain Jabatan atau Agensi kerajaan. Terdapat beberapa buah kampung dalam kawasan Sungai Terap ini sendiri terletak dibawah kawalan dan operasi Majlis Daerah Kinta Barat. Justeru itu Kampung Sungai Terap ini mendapat kata jolokan “ Kampung Dalam Bandar, Bandar Dalam Kampung”.

SUMBER: KETUA KAMPUNG, KG SUNGAI TERAP