CELIK ICT / KOMUNITI PINTAR

Nama : Muhammad Alif Haikal Bin Abdullah
Umur : 9 tahun
Ahli : 2018


Latar belakang
Muhammad Alif Haikal Bin Abdullah merupakan pelajar dan penduduk berhampiran dengan Pusat Internet. Beliau hadir ke Pusat Internet untuk mengakses internet dan belajar.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM 
Pada awalnya beliau tidak berapa mahir menggunakan komputer dan serta tidak cekap dalam menekan tetikus.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Beliau menghadiri pelbagai latihan ICT yang diadakan di PiM. Kini beliau sudah tahu cara menggunakan komputer dengan betul dan makin cekap mengendalikan komputer.Kini beliau sudah cekap untuk menggunakan internet dan menggunakan internet untuk belajar dan bermain.

  

USAHAWAN MUHAMMAD NUR IQBAL BIN AZUAR

Nama : Muhammad Nur Iqbal Bin Azuar
Umur : 21 tahun
Ahli : 2016


Latar Belakang
Muhammad Nur Iqbal Bin Azuar adalah merupakan usahawan separuh masa dan baru berjinak-jinak mengusahakan 
dalam perniagaan menjual sticker-sticker motor dan button. Beliau barangan ini kepada rakan-rakan dan jiran setempat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Sebelum penglibatan PIM, Penjualan sebelum ini hanya tertumpu kepada rakan-rakan dan jiran setempat sahaja di sekitar Batu Gajah Perak. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Selepas penglibatan PIM,
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Malaysia Kg Tersusun Tasek Permai, beliau kini telah mempromosikan produk beliau dalam instagram dan whatasapp. Beliau juga dapat mempelajari Teknik menangkap dan menyunting gambar untuk membuat iklan dan juga poster pernigaan beliau. Permintaan beliau telah meningkat setelah mempromosikan di dalam media sosial dari semasa ke semasa.


CELIK ICT / KOMUNITI PINTAR

Nama : Muhammad Haiqal Arraz Bin Abdullah
Umur : 12 tahun
Ahli : 2017


Latar belakang
Muhammad Haiqal Arraz Bin Abdullah merupakan pelajar dan penduduk berhampiran dengan Pusat Internet. Beliau hadir ke Pusat Internet untuk mengakses internet dan belajar. Beliau merupakan OKU masalah pembelajaran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM 
Pada awalnya beliau tidak berapa mahir menggunakan komputer dan serta tidak cekap dalam menekan tetikus.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Beliau menghadiri pelbagai latihan ICT yang diadakan di PiM. Kini beliau sudah tahu cara menggunakan komputer dengan betul dan makin cekap mengendalikan komputer. Beliau juga sudah pandai untuk menaip sendiri. Beliau juga mempelajari cara menaip dan mengunakan Microsoft Office dengan betul dan mempelajari cara penggunaan interenet & komputer dengan betul. 

  

USAHAWAN  ROHAZREEN AFIZA BINTI ABDUL RAHIM

Nama : Rohazreen Afiza Binti Abdul Rahim
Umur : 36 tahun
Ahli : 2016


Latar Belakang
Rohazreen Afiza Binti Abdul Rahim adalah merupakan usahawan separuh masa dan mengusahakan penjualan produk-produk kecantikan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Kisah kejayaan Pusat Internet Malaysia Kg Tasek Permai pada kali ini adalah mengenai usahawan separuh masa.Pelangan beliau hanya rakan-rakan kenalan dan jiran-jiran setempat. Beliau mempromosikan produk beliau melalui whatsapp dan dari mulut ke mulut dan menjual secara kecil-kecilan dari rumah ke rumah disekitar kasawan perumahan beliau di Bemban Batu Gajah Perak. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Dengan cara pendedahan penggunaan ICT yang telah beliau pelajari melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Malaysia Kg Tersusun Tasek Permai,beliau telah memasarkan produk dan perkhidmatan beliau dilaman sosial nya seperti facebook/instagram dan sambutan pelangan lebih meluas dari sebelum ini. Dengan ini pasaran lebih meluas di media sosial Facebook, Instagram & WhatsApp. Beliau dapat mempelajari cara untuk membuat jualan dan mengambil tempahan dari Facebook, Instagram & WhatsApp. Beliau juga Mempelari cara untuk membuat Ms Office & Ms Powerpoint untuk membuat pengiraan stok produk, pengiraan untung rugi dan juga cara untuk membuat broucher & iklan bergambar.




USAHAWAN ROJAK PASEMBOR 

Nama : Rohazreen Afiza Binti Abdul Rahim
Umur : 33 tahun
Ahli : 2016


Latar Belakang
Rohazreen Afiza Binti Abdul Rahim adalah usahawan kecil menjual rojak pasembor di Pusat Internet Tasek Permai Batu Gajah, Perak

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Kisah kejayaan Pusat Internet Malaysia Kg Tasek Permai pada kali ini adalah mengenai usahawan separuh masa bagi menjual “Rojak Pasembor”. Puan Rohazreen menjual secara kecil-kecilan dari rumah ke rumah disekitar kasawan perumahan beliau di Bemban Batu Gajah Perak. Puan Rohazreen mula berniaga kecil-kecilan dari bulan 7/2016 sehingga kini. Perniagaan kecil-kecilan ini telah mendapat ilham pada ibunya dan mula memasarkan pada tahun 2016 demi minatnya untuk berniaga secara kecil-kecilan. Sebelum penggunaan ICT, Keuntungan yang diperolehi kurang daripada RM1500.00 sebulan (30 Hari bekerja)

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Dengan cara pendedahan penggunaan ICT yang telah beliau pelajari melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Malaysia Kg Tersusun Tasek Permai, kini telah memasarkan produk makanan yang dihasilkan dilaman sosial nya seperti facebook atau instagram dan telah mendapat pendapatan tetap bulanan sebanyak RM3750.00 dan keatas (30 Hari bekerja) & kini telah mempunyai kedai kecil di sebuah restoran makanan di Pekan Batu Gajah Perak. Apa yang Puan Rohazreen pelajari melalui PIM ialah Pasaran lebih meluas di media sosial Facebook, Instagram & WhatsApp. Mempelajari cara untuk membuat jualan dan mengambil tempahan dari Facebook, Instagram & WhatsApp. Mempelari cara untuk membuat Ms Office & Ms Powerpoint untuk membuat pengiraan stok produk, pengiraan untung rugi dan juga cara untuk membuat broucher & iklan bergambar.Pendapatan hasil daripada menjual makanan Rojak Pasembor agak meningkat dari semasa kesemasa. Sehingga kini beliau masih lagi meneruskan pembelajaran di Pusat Internet Malaysia Kg Tasek Permai untuk membuat iklan & video mempromosikan produknya.Kesimpulannya, Pusat Internet Malaysia Kg Tasek Permai  harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh komuniti sekitar kerana banyak program yang dianjurkan dapat memberi manfaat kepada seluruh komuniti di sekitar Batu Gajah dan lain-lain.