USAHAWAN ROHAZREEN AFIZA BINTI ABDUL RAHIM
Nama | : Rohazreen Afiza Binti Abdul Rahim |
Umur | : 36 tahun |
Ahli | : 2016 |
Latar Belakang
Rohazreen Afiza Binti Abdul Rahim adalah merupakan usahawan separuh masa dan mengusahakan penjualan produk-produk kecantikan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Kisah kejayaan Pusat Internet Malaysia Kg Tasek Permai pada kali ini adalah mengenai usahawan separuh masa.Pelangan beliau hanya rakan-rakan kenalan dan jiran-jiran setempat. Beliau mempromosikan produk beliau melalui whatsapp dan dari mulut ke mulut dan menjual secara kecil-kecilan dari rumah ke rumah disekitar kasawan perumahan beliau di Bemban Batu Gajah Perak.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Dengan cara pendedahan penggunaan ICT yang telah beliau pelajari melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Malaysia Kg Tersusun Tasek Permai,beliau telah memasarkan produk dan perkhidmatan beliau dilaman sosial nya seperti facebook/instagram dan sambutan pelangan lebih meluas dari sebelum ini. Dengan ini pasaran lebih meluas di media sosial Facebook, Instagram & WhatsApp. Beliau dapat mempelajari cara untuk membuat jualan dan mengambil tempahan dari Facebook, Instagram & WhatsApp. Beliau juga Mempelari cara untuk membuat Ms Office & Ms Powerpoint untuk membuat pengiraan stok produk, pengiraan untung rugi dan juga cara untuk membuat broucher & iklan bergambar.