USAHAWAN ANIZA BINTI MAT NOR

Nama : Aniza Binti Mat Nor
Umur : 46 tahun
Ahli : 2016


Latar Belakang
Puan Aniza merupakan usahawan yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan penjagaan kecantikan,spa dan salon di kawasan perumahan beliau. Selain itu beliau juga menjual produk-produk kecantikan, kesihatan dan produk keperluan harian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Beliau hanya menggunakan ICT untuk kegunaan harian dan tidak berapa cekap dalam mengunakan applikasi suntingan gambar untuk mempromosikan produk-produk  dan perniagaan beliau. Beliau hanya menjual produk-produk melalui kenalan-kenalan dan perniagaan dari rumah ke rumah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Selepas penglibatan kan diri di Pusat Intenet, dengan melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Malaysia Kg Tersusun Tasek Permai, Beliau kini telah mahir dalam membuat iklan servis dan produk dengan menggunakan Adobe Photoshop dan menyuting gambar-gambar produk dan beliau juga sudah memiliki facebook page dan akaun instagram untuk mengiklankan perkhidmatan servis beliau. Disamping itu beliau telah mempromosikan  servis beliau melalui group telegram.