PENGUSAHA HOMESTAY

Perniagaan Homestay bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan di sekitar Batu Gajah. Ramai dalam kalangan penduduk Batu Gajah menjadi usahawan Homestay. Perkhidmatan Homestay yang disediakan kepada pelancong mempunyai kelebihan yang tersendiri misalnya berhampiran dengan kawasan Pusat membeli belah, Stesen Minyak, Restaurant, Surau, Mesin ATM dan pelbagai lagi. Pastinya Homestay yang disediakan menjanjikan kepuasan dan kelainan kepada pelanggan kerana dihiasi mengikut citarasa pemiliknya. Pengunjung akan menggangap Homestay yang disewa sebagai rumah kedua mereka kerana keselasaan penempatan menepati citarasa mereka. Menyewa Homestay lebih mendatangkan keuntungan kepada pelanggan dengan penyediaan ruang yang lebih luas seperti bilik tidur, ruang tamu, tandas, dapur dan tempat letak kereta. Tambahan pula, ada sesetengah Homestay yang mengenakan bayaran yang berpatutan kepada pelanggan. Tidak dinafikan, kebanyakan tempat Homestay, mempunyai daya tarikan tersendiri seperti kawasan tarikan pelancong

Antara Homestay yang terdapat di kawasan Batu Gajah:

 

Harmony Homestay

  1. Pak Ya Homestay
  2. Izzam Homestay
  3. D’ Bamboo Homestay
  4. D’ Batu Gajah Homestay
  5. Homestay Desa
  6. Ceria Homestay
  7. DK Homestay
  8. Dan banyak lagi

 

Sumber: http://cari-homestay.com/