USAHAWAN NOR AIDA BINTI ADNAN

Nama : Nor Aida Binti Adnan
Umur : 46 tahun
Ahli : 2016


Latar Belakang
Puan aida merupakan usahawan sambilan dengan menjual produk kesihatan. Beliau menjual produk kesihatan berasaskan Herba. Puan Aida menjual produk kesihatan seperti Ubat berasaskan Herba Seperti Ubat Kencing Manis,Darah Tinggi, Ubat Buasir

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Beliau hanya menggunakan ICT untuk kegunaan harian dengan melayari youtube, facebook serta bersosial di alam maya. Penjual produk kesihatan juga hanya terhad kepada rakan-rakan serta kenalan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Kg Tersusun Tasek Permai, Beliau kini telah berjaya mengiklankan perjualan produk kesihatan beliau mengunakan facebook ads dan dengan bantuan petugas beliau telah membina facebook page untuk produk tersebut. Hasilnya beliau mendapat pendapatan anggaran lebih RM500 sebulan dari hasil jualan tersebut.