Arena Squre Batu Gajah

Salah satu tempat rekreasi yang ditubuhkan khas bagi penduduk disekitar batu gajah. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan di Arena Squre misalnya ,Majlis Perkahwinan, Pertandingan Kawat Kaki Kadet Remaja Sekolah bagi Peringkat Daerah, Sambutan Tahun Baru 2016, Jualan Penghabisan Stok Gudang dan banyak lagi. Pihak Majlis Daerah Batu Gajah telah menetapkan Kadar sewaan yang berpatutan bagi penggunaan tempat untuk sesuatu program di Arena Square antaranya seperti berikut:

Bagi 1 hari

Kadar Sewaan: RM 800.00 (Tidak termasuk lain-lain peralatan)

Mengikut Jam

Kadar Sewaan: Sewa 100.00 sejam (Tidak melebihi 5 jam/RM 500.00 sehari)

Bayaran Elektrik RM 20.00 sejam (Tidak melebihi 5 Jam / 100.00 sehari)

Bayaran Perkhidmatan Kebersihan RM 100.00 sehari (Tidak mengikut Jam)

 

Peta Lokasi

 

Sumber: http://www.mdbg.gov.my/web/guest/sewaan-arena-square

 

Taman Herba Papan

Salah satu tempat pelancongan yang menarik di kawasan Batu Gajah ialah Taman Herba Papan yang terletak didalam kawasan  Hutan Simpan Kledang Saiong.Berkeluasan 7.2 hektar dan mempunyai sebanyak 186 spesies tumbuhan herba untuk pelbagai kegunaan seperti perubatan, aromatherapi, dan kosmetik, termasuk sebagai ulam dan rempah. Taman Herba ini turut dilengkapi dengan kemudahan seperti Pusat Penerangan, Tapak Perkhemahan/ Jungle tracking/Family day, Dewan terbuka (Pancawarna), Pusat Interprestasi, Surau, Tandas, Pondok Rehat, Denai Hutan, Kantin dan tempat penginapan. Berikut adalah butiran bagi pengunjung yang ingin melawat kawasan tersebut : 

  • Waktu melawat: 8.00 pagi - 4.30 petang (Isnin dan Jumaat) 
  • Tiket : percuma 
  • Tempat penginapan: RM 100.00 semalam
  • Dewan terbuka: RM 200.00 + RM 20.00 (Bayaran elektrik)

Sumber :http://www.mdbg.gov.my/web/guest/taman-herba-papan 

Taman Alam Kinta (Taman Burung)

Taman Alam Kinta atau lebih dikenali sebagai Taman Burung telah menjadi daya tarikan pelancong kerana keunikan kawasannya yang menjadi habitat lebih daripada 150 jenis burung air antaranya burung kuang, raja udang, belatuk, wak-wak, toing air, penyelam, panglim,bangau dan lain-lain spesies burung lagi. Menurut pengerusi Taman Alam Kinta, Jek Yap, kawasan ini didiami oleh 1,381 burung air dimana populasi tersebut telah meningkat sebanyak dua kali ganda berbanding tahun 2009. Taman ini berkeluasan seluas 900 hektar dan yang menariknya lagi tentang Taman ini ialah mempunyai sebuah Menara pemerhati burung yang dibina untuk pelancong dapat memerhati habitat burung-burung air di Taman Alam Kinta ini.

 Sumber :http://www.mdbg.gov.my/web/guest/taman-alam-kinta-taman-burung-