PENGHASILAN PRODUK TEMPATAN OLEH PENDUDUK BATU GAJAH

1.KRAFTANGAN SULAMAN/JAHITAN

Kraftangan boleh didefiniskan sebagai kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau peralatan yang bersesuaian sahaja. Penghasilan kraftangan dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan. Tidak disangka sebenarnya kebanyakan belia sangat berminat untuk mempelajari hasil seni kraftangan tetapi masih tidak mengetahui hala tuju yang sesuai untuk memasarkan produk yang telah dihasilkan oleh mereka. Misalnya penduduk Batu Gajah iaitu Cik Siti Nor Laila sangat berminat dalam hasil seni Sulaman dan Jahitan. Beliau telah mengikuti beberapa kursus jahitan dan sulaman bagi mengasah bakatnya serta telah mempunyai beberapa peralatan khas yang dibelinya untuk membuat produk. Produk yang dihasilkan oleh beliau sangat berkualiti tinggi dan kreativitinya sangat mengagumkan dimana beliau telah menggunakan kain jeans yang terpakai untuk membuat beg. Hasilnya sangat cantik dan berinovasi dalam rekaciptanya. Sekiranya ingin mendapatkan aneka jenis produk yang menarik atau mengingankan membuat tempahan boleh menghubungi beliau di talian 017-5945705.

2. PUDING AISKRIM PADDLEPOP

Salah satu produk makanan yang telah dihasilkan penduduk batu gajah yang menjadi trend pada masa kini iaitu Puding berperisa Aiskrim Paddlepop. Bagi pengemar makanan manis atau manisan boleh mencuba sendiri keenakan puding ini. Hasil daripada testimoni pelanggan, didapati kebanyakan yang telah membeli sangat berpuas hati dengan produk yang dijual tambahan pula ada yang “repeat order” kerana sangat sukakan keenakan puding tersebut. Pengusaha juga turut menerima tempahan majlis, kenduri perkahwinan dan pelbagai acara lain. Sekiranya anda ingin mencuba puding ini boleh menghubungi di talian 019-5637063 atau boleh like di facebook https://www.facebook.com/CikedutBatuGajah/?fref=ts . Bukan itu sahaja, bagi pelanggan yang tinggal berdekatan dengan kawasan Batu Gajah, boleh terus singgah ke Vendor Boutiqe Pekan Lama Batu Gajah.