Tarikh 24 Ogos 2018 (Jumaat)
Masa : 2.00 Petang - 6.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Tasek Permai
Peserta 8 orang


Tujuan   : Kelas ini adalah bertujuaan mengajar pelajar tentang cara menaip dengan pantas menggunakan (Nitro Type)

Aktiviti  : Pelajar diberikan pendedahan satu persatu cara  cara untuk menaip paling terpantas untuk memantapkan lagi cara taip mereka dalam bahasa melayu ataupon bahasa english. Selain daripada itu mereka juga diajar cara penggunaan jari yang betul supaya dapat menaip dengan betul dan pantas bagi memastikan apa yang ditaip oleh pelajar lebih tepat dan teliti.

GambarKlikDisini

Tarikh 18 Ogos 2018 (Sabtu)
Masa : 8.00 Petang - 2.00 Petang
Lokasi : Padang Tanjung Rambutan Perak
Peserta 400 orang


Tujuan   : 
Program ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai dan pelbagai agensi untuk mengibarkan Jalur Gemilang sama ada di kenderaan, rumah, bangunan kerajaan dan premis-premis perniagaan sepanjang Bulan Kemerdekaan negara. Ianya dapat meningkatkan semangat patriotisme dan rasa cinta kepada tanah air dalam kalangan rakyat Malaysia berbilang bangsa dan juga dapat memeriahkan suasana Sambutan Bulan Kemerdekaan di seluruh negara.

Aktiviti  : Semua Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memiliki peranan tersendiri dalam kempen mengibarkan Jalur Gemilang menjelang sambutan Hari Kebangsaan.Exco Kerajaan Negeri, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim berkata, setiap NGO boleh memainkan peranan masing-masing bagi memastikan Jalur Gemilang dikibarkan sepanjang bulan kemerdekaan ini.Menurutnya, kibaran Jalur Gemilang berkenaan diharap dapat membatu mewujudkan semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan rakyat khususnya golongan muda hari ini.Dianggarkan seramai 133 peserta konvoi  melibatkan 56 kenderaan pacuan empat roda serta motosikal berkuasa tinggi  tiba di Tanjung Rambutan, sebelum bertolak ke Batang Padang bagi meneruskan konvoi berkenaan. Selain daripada itu "Booth" Skmm juga dibuka bagi memberikan penerangan dan juga kesedaran kepada masyarakat komuniti setempat tentang kebaikan dan keburukan menggunakan internet dengan lebih berkhemah. Pelbagai cenderahati diberikan kepada komuniti yang bertanyakan soalan dan juga mmeberikan jawapan yang betul. Pelbagai kuiz juga diberikan contohnya seperti silang kata berkaitan soalan tentang teknologi makluman dan juga teka bintang didalam botol.

GambarKlikDisini

Tarikh 12 Ogos 2018 (Ahad)
Masa : 9.30 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Tasek Permai
Peserta 4 orang


Tujuan   : Kelas ini adalah bertujuaan untuk memberi pendedahan IQ minda kanak-kanak terhadap cara membuat origami. Origami bermaksud dari dalam bahasa Jepun adalah ori bererti "lipat", dan gami yang berarti "kertas" . Ianya merupakan sebuah seni lipat yang berasal dari Jepun. Bahan yang digunakan adalah kertas atau kain yang biasanya berbentuk persegi. Sebuah hasil origami merupakan suatu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada pandangan.

Aktiviti  : Pelajar diberikan pendedahan satu persatu cara untuk melipat Origami tersebut dan meneliti cara untuk membuat sesebuah bentuk. Ianya merupakan satu teknik lipatan samaada dengan menggunakan kain ataupun kertas. Ia merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada pandangan dan dapat membuka minda kanak-kanak supaya membuat sesuatu kerja itu dengan lebih berseni.

GambarKlikDisini

Tarikh 15 Ogos 2018 (Ahad)
Masa : 2.00 Petang - 6.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Tasek Permai
Peserta 3 orang


Tujuan   : Kelas ini adalah bertujuaan mengajar pelajar belia yang belajar dari kolej komuniti untuk mengemaskini maklumat peribadi.

Aktiviti  : Pelajar diberikan pendedahan satu persatu cara untuk membuka laman website (kolej komuniti) dan diajar cara untuk memasukkan maklumat peribadi didalam website tersebut. Selain itu pelajar diajar cara untuk memasukkan gambar peribadi pelajar, dan juga cara untuk mencetak maklumat peribadi yang telah diisi didalam laman website tersebut. 

GambarKlikDisini

Tarikh 8 Ogos 2018 (Rabu)
Masa : 2.00 Petang - 6.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Tasek Permai
Peserta 1 orang


Tujuan   : Kelas ini adalah bertujuaan untuk memberi mengajar pelajar tentang cara untuk memasukkan gambar didalam Microsoft Word.

Aktiviti  : Pelajar diberikan pendedahan satu persatu cara untuk mencari dan memgambil gambar didalam Goggle Image dan juga mengajar pelajar tentang cara untuk memasukkan gambar didalam Microsoft Word. Dengan cara yang diajar pelajar dapat belajar dengan cepat dari memasukkan 1 gambar hingga ke 6 gambar. Selepas itu pelajar diajar cara untuk membetulkan kedudukan gambar (center/left/right) untuk mencantikkan kedudukan gambar tersebut dan juga cara untuk simpan (save) gambar tersebut.

GambarKlikDisini