Tarikh 22 Disember 2018 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang - 6.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Tasek Permai
Peserta 8 orang


Tujuan   : Kelas ini adalah untuk bertujuan untuk pelajar-pelajar membuat kuiz silang kata.

Aktiviti  : Didalam kelas ini, pelajar-pelajar mengisi masa lapang yanga da untuk membuat kuiz silang kata. Didalam soalan dan bentuk kuiz silang kata ini adalah yang berkaitan dengan soalan Klik Dengan Bijak yang pelajar sering dengar semasa didalam kelas video KDB sebelum ini. Semasa kuiz ini dijalankan pelajar diberikan masa dan juga boleh berbincang bersama rakan untuk berkongsi jawapan. Sesiapa yang siap dahulu dan betul ejaannya dia adalah pemenang didalam kuiz tersebut. Dengan membuat kuiz ini pelajar dapat menguji minda mereka supaya lebih cepat dan tangkas untuk berfikir. 

GambarKlikDisini

Tarikh 19 Disember 2018 (Rabu)
Masa : 2.30 Petang - 5.30 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Tasek Permai
Peserta 1 orang


Tujuan   : Kelas ini adalah untuk bertujuan untuk pelajar-pelajar belajar menggunakan Microsoft Word

Aktiviti  : Didalam kelas ini, pelajar diajar cara untuk menggunakan Microsoft Word dengan cara yang betul dan mudah. Pelajar diajar cara untuk membuat "kotak-kotak" untuk membuat senarai barang. Dengan menggunakan tool-tool yang tertera diatas sekali pelajar diajar satu persatu apa yang perlu ditekan. Selain itu pelajar juga diajar cara untuk suntingan gambar yang terdapat di "goggle image". 

GambarKlikDisini

Tarikh 08 Disember 2018 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang - 6.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Tasek Permai
Peserta : 6 orang


Tujuan   : Kelas ini adalah untuk bertujuan untuk pelajar-pelajar mengisi masa lapang waktu cuti sekolah ini dengan  Aktiviti Komuniti iaitu permainan congkak dan domino.

Aktiviti  : Didalam kelas ini, pelajar diajar cara untuk bermain domino, caranya adalah dengan meyusu menegak alatan tersebut dan menjatuhkan alatan tersebut andai kesemua alatan (domino) terkena satu sama lain makanya dialah pemenang. Manakala permainan tradisional congkak pula adalah mainan yang sering dimain oleh kanak-kanak pada zaman dahulu. Permainan tradisional ini boleh dimainkan dengan dua peserta sahaja. Cara permainan ini adalah dengan menggunakan guli ataupon biji sagu. Jika peserta bermainan dengan cara yang betul dan pandai, maka peserta akan mendapat guli dengan banyak dan tidak ada rumah terbakar (ruang kosong). Jika peserta tidak begitu pandai untuk bermain, maka guli peserta sedikit dan mempunyai rumah terbakar (ruang kosong) didalam bulatan dan menyebabkan kekalahan.

GambarKlikDisini

Tarikh 15 Disember 2018 (Sabtu)
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Tasek Permai
Peserta 9 orang


Tujuan   : Kelas ini adalah untuk bertujuan untuk pelajar-pelajar belajar menggunakan Asas Adobe Photoshop.

Aktiviti  : Didalam kelas ini, pelajar diajar cara untuk membuat sintingan gambar didalam adobe photoshop. Pelajar diminta untuk menangkap gambar terlebih dahulu untuk memasukkan gambar mereka. Cara-cara nya adalah dengan menggunakan tool-tool di adobe photoshop. Selain itu pelajar juga diminta untuk menulis text supaya nampak lebih cantik gambar mereka. Dengan menggunakan adobe photoshope ini pelajar lebih mudah untuk meotong (crop) gambar mereka atau pun mana-mana gambar yang mereka tidak berkenan mereka boleh buang dengan cara yang mudah menggunakan tool-tool yang telah diajar didalam kelas ini.

GambarKlikDisini

Tarikh 27 November 2018 (Selasa)
Masa : 10.00 Pagi - 1.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Tasek Permai
Peserta 1 orang


Tujuan   : Kelas ini adalah untuk bertujuan untuk pelajar membuat pendaftaran online kursus kahwin didalam website yang telah disediakan.

Aktiviti  : Didalam kelas ini, pelajar diajar cara untuk mengisi borang didalam sistem online yang telah disediakan. Pelajar yang ingin berkahwin perlulah mengisi borang-borang ini dengan lengkap. Kedua-dua pasangan hendaklah mengisi maklumat peribadi dengan betul dan juga mencetak maklumat tersebut untuk diberikan kepada jabatan agama. Selain itu pelajar diberikan keterangan berkenaan kkursus Pra Perkahwinan yang dilaksanakan di Jabatan Agama Islam adalah mengikut Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam. Kursus ini dianjurkan oleh semua Pejabat Agama Islam Daerah dan Bahagian Perundangan Keluarga, Jabatan Agama Islam dengan tujuan memberikan maklumat dan pendedahan awal kepada bakal-bakal suami isteri yang akan mendirikan rumahtangga. Ia diharap dapat dijadikan panduan oleh mereka dalam menghadapi kehidupan berkeluarga.Dengan adanya kursus ini akan dapat membantu dalam mengurangkan permasalahan rumahtangga dan perceraian yang dihadapi oleh umat Islam.

GambarKlikDisini