Tarikh 18 Ogos 2018 (Sabtu)
Masa : 8.00 Petang - 2.00 Petang
Lokasi : Padang Tanjung Rambutan Perak
Peserta 400 orang


Tujuan   : 
Program ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai dan pelbagai agensi untuk mengibarkan Jalur Gemilang sama ada di kenderaan, rumah, bangunan kerajaan dan premis-premis perniagaan sepanjang Bulan Kemerdekaan negara. Ianya dapat meningkatkan semangat patriotisme dan rasa cinta kepada tanah air dalam kalangan rakyat Malaysia berbilang bangsa dan juga dapat memeriahkan suasana Sambutan Bulan Kemerdekaan di seluruh negara.

Aktiviti  : Semua Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memiliki peranan tersendiri dalam kempen mengibarkan Jalur Gemilang menjelang sambutan Hari Kebangsaan.Exco Kerajaan Negeri, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim berkata, setiap NGO boleh memainkan peranan masing-masing bagi memastikan Jalur Gemilang dikibarkan sepanjang bulan kemerdekaan ini.Menurutnya, kibaran Jalur Gemilang berkenaan diharap dapat membatu mewujudkan semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan rakyat khususnya golongan muda hari ini.Dianggarkan seramai 133 peserta konvoi  melibatkan 56 kenderaan pacuan empat roda serta motosikal berkuasa tinggi  tiba di Tanjung Rambutan, sebelum bertolak ke Batang Padang bagi meneruskan konvoi berkenaan. Selain daripada itu "Booth" Skmm juga dibuka bagi memberikan penerangan dan juga kesedaran kepada masyarakat komuniti setempat tentang kebaikan dan keburukan menggunakan internet dengan lebih berkhemah. Pelbagai cenderahati diberikan kepada komuniti yang bertanyakan soalan dan juga mmeberikan jawapan yang betul. Pelbagai kuiz juga diberikan contohnya seperti silang kata berkaitan soalan tentang teknologi makluman dan juga teka bintang didalam botol.

GambarKlikDisini