Tarikh 19 Jun 2018 (Selasa)
Masa : 2.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Tasek Permai
Peserta : 12 orang


Tujuan   : Kelas ini adalah bertujuaan untuk memberi kuiz kepada pelajar-pelajar sekolah tentang soalan di Bulan Ramadhan yang lepas.

Aktiviti  : Aktiviti-aktiviti yang pelajar jalankan adalah dengan menjawap soalan-soalan yang diberikan berkaitan Ramadhan. Soalan ini dapat membantu pelajar supaya mengerti tentang kebaikan pahala dan kelebihan sesuatu benda didalam bulan puasa. Setelah pelajar menjawap kuiz tersebut, aktiviti memberi adiah kepada pemenang yang menjawap soalan semua dengan tepat dan betul dijalankan.

GambarKlikDisini

Tarikh 13 Jun 2018 (Rabu)
Masa : 9.30 Pagi - 12.30 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Tasek Permai
Peserta : 1 orang


Tujuan   : Kelas ini adalah bertujuaan untuk pelajar belajar  cara untuk mempromosi biskut raya didalam facebook dan juga instagram.

Aktiviti  : Sepanjang aktiviti dijalankan pelajar diberikan satu "light room" untuk menunjukkan cara untuk tangkap gambar yang betul sesuatu produk pemasaran yang ingin dijual. Didalam pemasaran online, dari sudut warna, keterangan gambar dan juga dari sudut angle (kedudukan) gambar penting supaya orang yang ingin membeli nya nampak produk dan gambar tersebut cantik dan boleh membuatkan pembeli menjadi lebih tertarik dan minat untuk membeli produk tersebut. Selain itu cara-cara untuk menjual produk tersebut juga diajar. Contohnya kata-kata didalam pemasaran dan juga ayat-ayat promosi yang ingin disampaikan didalam satu gambar tersebut.

GambarKlikDisini

Tarikh : 07 Jun 2018 (Khamis)
Masa : 8.30 Pagi - 12.30 Tengahari
Lokasi : Perpustakaan Desa Batu 8 Tambun, Perak
Peserta : 30 orang


Tujuan   : Program ini adalah untuk menjayakan Program World Quran Hour 2018 & Program Masak Bubur Lambuk Bersama Komuniti setempat di kawasan Pusat Internet Tambun atas kerjasama daripada Pusat Internet Klebang dan Pusat Internet Tasek Permai.

Aktiviti  : Sempena bulan ramadhan yang mulia ini, Program ini adalah untuk Peserta melibatkan diri dalam program membaca Al-Quran (menggaji) seluruh dunia pada 07/06/2018 dengan serentak. Program ini sangat berguna dan sangat manfaat dari sudut keagamaan dan keinsafan dalam diri sesorang itu. Selain itu program masak bubur lambuk juga diadakan sempena bulan puasa ini adalah untuk mengeratkan lagi silatulrahim antara komuniti dengan komuniti dan lain.

GambarKlikDisini

Tarikh : 09 Jun 2018 (Sabtu)
Masa : 9.30 Pagi - 12.30 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Tasek Permai
Peserta : 8 orang


Tujuan   : Kelas ini adalah bertujuaan untuk pelajar menguji minda untuk membuat e-pembelajaran dalam Kahoot-IT didalam website yang disediakan.

Aktiviti  : Pelajar diberikan soalan-soalan pengetahuan am dan juga soalan berkaitan soalan umum yang disediakan didalam laman website tersebut. Ianya dapat memberikan sedikit hiburan dan juga pelajar lebih seronok untuk menguji minda masing-masing kerana permainan e-pembelajaran ini soalannya sangat mudah tetapi jawapan nya sangat mengelirukan pelajar. Dengan cara pembelajaran ini pelajar dan dapat bersaing menguji minda antara satu sama lain diantara pelajar.

GambarKlikDisini

Tarikh : 06 Jun 2018 (Rabu
Masa : 8.30 Pagi - 12.30 Tengahari
Lokasi : Dewan Serbaguna, Pejabat Tanah Galian Ipoh Perak 
Peserta : 50 orang

Tujuan   : Program ini adalah untuk menjayakan Program Klik Dengan Bijak bersama kakitangan Jabatan Tanah Galian Negeri Perak

Aktiviti  : Peserta diberikan pendedahan tentang Taklimat mengenai kebaikan dan keburukan penggunaan laman sosial zaman kini untuk "Klik Dengan Bijak" dengan cara yang betul dan juga akta-akta kesalahan jika menggunakan internet dengan cara yang salah. Taklimat ini sangat berguna dan memberikan kesedaran kepada masyarakat setempat tentang kebaikan dan keburukan menggunakan internet. Ianya adalah trend pada zaman sekarang untuk menggunakan internet dengan lebih berhati-hati tanpa melampaui batas dari sudut keganasan/politik/unsur negatif (lucah).

GambarKlikDisini