Tarikh | : 11 Julai 2018 (Rabu) |
Masa | : 11.00 Tengahari - 2.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Tersusun Batu 8 Tambun Perak. |
Peserta | : 100 orang |
Tujuan : Program ini adalah untuk menjayakan Program Peka Klik Dengan Bijak (Anjuran Wanita Prihatin Perak Dengan Kerjasama MCMC Perak)
Aktiviti : Program ini adalah untuk memberikan sedikit sebanyak tentang bagaimana wanita ingin menjadi usahawan yang berjaya untuk menampung kehidupan sehari. Dengan adanya pusat internet di Malaysia, wanita-wanita yang mempunyai kerjaya dirumah dapat belajar cara untuk mempromosikan barang dan juga produk yang mereka jual dari rumah sahaja. Pengurus atau Penolong Pengurus akan membantu peserta untuk menggunakan facebook dan juga laman sosial yang lain untuk membuat jualan dengan laris dengan cara promosi kan barang-barang yang mereka jual.
Selain daripada itu, Ketua MCMC Negeri Perak (Puan Hanita) juga ada memberikan sedikit pendedahan tentang taklimat mengenai kebaikan dan keburukan penggunaan laman sosial zaman kini untuk "Klik Dengan Bijak" dengan cara yang betul dan juga akta-akta kesalahan jika menggunakan internet dengan cara yang salah. Taklimat ini sangat berguna dan memberikan kesedaran kepada masyarakat setempat tentang kebaikan dan keburukan menggunakan internet. Ianya adalah trend pada zaman sekarang untuk menggunakan internet dengan lebih berhati-hati tanpa melampaui batas dari sudut keganasan/politik/unsur negatif (lucah).
Tarikh | : 08 Julai 2018 (Ahad) |
Masa | : 2.00 Petang - 6.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Tasek Permai |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan : Kelas ini adalah bertujuaan untuk memberi Asas E-Pembelajaran didalam website Frog OS.
Aktiviti : Peserta diminta untuk membuka laman websiter tersebut dan diminta untuk menjawap semua latihan ujian yang diberikan. Dengan membuat latihan ini peserta akan lebih pandai dan juga lebih banyak mengulangkaji pelajaran. Peserta juga diminta untuk membuat sedikit nota ringkas tentang soalan dan jawapan yang ada didalam laman website tersebut supaya peserta dapat membacanya dan mengulangkaji pelajaran tersebut dirumah.
Tarikh | : 27 Jun 2018 (Rabu) |
Masa | : 2.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Tasek Permai |
Peserta | : 3 orang |
Tujuan : Kelas ini adalah bertujuaan untuk bermainan permaianan Aktiviti Komuniti (Permainan Tradisional) antara peserta.
Aktiviti : Aktiviti-aktiviti yang pelajar jalankan adalah dengan mengajar peserta mengenai permainan tradisional yang sering dimain oleh kanak-kanak pada zaman dahulu. Permainan tradisional ini boleh dimainkan dengan dua peserta sahaja. Cara permainan ini adalah dengan menggunakan guli. Jika peserta bermainan dengan cara yang betul dan pandai, maka peserta akan mendapat guli dengan banyak dan tidak ada rumah terbakar (ruang kosong). Jika peserta tidak begitu pandai untuk bermain, maka guli peserta sedikit dan mempunyai rumah terbakar (ruang kosong) didalam bulatan dan menyebabkan kekalahan.
Tarikh | : 04 Julai 2018 (Rabu) |
Masa | : 2.30 Petang - 5.30 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Tasek Permai |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan : Kelas ini adalah bertujuaan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang cara menggunakan Asas Facebook dengan cara yang betul, dan peserta lebih memahami dengan lebih mendalam lagi.
Aktiviti : Peserta diajar satu persatu cara ingin mendaftarkan dan untuk melengkapkan dokumen peribadi di facebook dan juga cara-cara menggunakan laman sosial facebook dengan cara yang betul. Selain itu peserta diajar cara untuk memasukkan gambar didalam folder facebook untuk dilihat oleh rakan-rakan facebook yang lain.
Tarikh | : 22 Jun 2018 (Jumaat) |
Masa | : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Tasek Permai |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan : Kelas ini adalah bertujuaan untuk mengajar peserta membuat "Table" didalam Microsoft Word
Aktiviti : Aktiviti-aktiviti yang pelajar jalankan adalah dengan mengajar peserta membuat "table". Peserta diajar satu persatu cara menggunakan "tool-tools" yang disediakan. Dengan cara masukkan table/ lukis table / membuat garisan didalam table juga diajar dengan teliti dan lebih memudahkan peserta untuk membuat table. Selain itu pelajar juga diajar cara untuk membuat "centre aligment table" didalam table tersebut untuk mendapatkan kekemasan sesuatu kerta kerja didalam Microsoft Word tersebut.