Tarikh : 29 April 2019 (Isnin)
Masa : 8.00 Pagi - 1.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Tasek Permai
Peserta : 150 orang


Tujuan   : Program seminar tatacara penggunaan media sosial dan pendidikan kesihatan negeri perak yang disampaikan oleh Ketua Pengarah SKMM  negeri perak Puan Hanita Izam Binti Abdul Rahman.

Aktiviti  : Program seminar tatacara penggunaan media sosial dan pendidikan kesihatan negeri perak ini adalah untuk memberikan sedikit sebanyak tentang tentang taklimat mengenai kebaikan dan keburukan penggunaan laman sosial zaman kini untuk "Penggunaan Media Sosial" dengan cara yang betul dan juga akta-akta kesalahan jika menggunakan internet dengan cara yang salah. Taklimat ini sangat berguna dan memberikan kesedaran kepada masyarakat setempat tentang kebaikan dan keburukan menggunakan internet. Ianya adalah trend pada zaman sekarang untuk menggunakan internet dengan lebih berhati-hati tanpa melampaui batas dari sudut keganasan/politik/unsur negatif (lucah).

GambarKlikDisini

Tarikh : 18 April 2019 (Khamis)
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Tasek Permai
Peserta 30 orang


Tujuan   Program ini adalah untuk menjayakan Program My Support Group Let's Bebel" (Jenayah Siber) di Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara Negeri Perak.

Aktiviti  : Program ini adalah untuk memberikan sedikit sebanyak tentang tentang taklimat mengenai kebaikan dan keburukan penggunaan laman sosial zaman kini untuk "Klik Dengan Bijak" dengan cara yang betul dan juga akta-akta kesalahan jika menggunakan internet dengan cara yang salah. Taklimat ini sangat berguna dan memberikan kesedaran kepada masyarakat setempat tentang kebaikan dan keburukan menggunakan internet. Ianya adalah trend pada zaman sekarang untuk menggunakan internet dengan lebih berhati-hati tanpa melampaui batas dari sudut keganasan/politik/unsur negatif (lucah).

GambarKlikDisini

Tarikh : 13-14 April 2019 (Sabtu-Ahad)
Masa : 8.00 Pagi - 5.00 Petang
Lokasi : RTM Negeri Perak
Peserta : 300 orang


Tujuan   : Program “Fiesta Sehati @ RTM Untuk Komer Ler” anjuran Jabatan Penyiaran Negeri Perak pada 13 & 14 April 2019 yang lalu bertempat di Perkarangan RTM Perak. Turut hadir ke Booth Yayasan Perak adalah YAB Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu, Menteri Besar Perak dan YB Hasnul Zulkarnain, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi Negeri Perak.

Aktiviti  : Program ini adalah bertujuan menyerlahkan sikap  stesen penyiaran nombor satu negeri ini untuk menyampaikan informasi kepada rakyat.Untuk makluman pada kebiasaanya RTM (Radio Televisyen Malaysia) hanya dikenali melalui televisyen ataupun radio sahaja namun kali ini mereka turun padang untuk bertemu dengan rakyat. Fiesta Sehati@RTM ini menjadi platform yang memberi ruang kepada kerajaan dan rakyat untuk berhubung secara interaktif. Fiesta kali ini menampilkan pelbagai kelainan berbanding siaran luar konti yang diadakan pihak RTM sebelum ini. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijayakan adalah dengan pameran dan jualan agensi-agensi KKMM dan lain-lain yang terlibat

GambarKlikDisini

Tarikh : 15 April 2019 (Isnin)
Masa : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Tasek Permai
Peserta 1 orang


Tujuan   : Kelas ini adalah untuk bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang tentang kegunaan Kelas Penggunaan Adobe Photoshop.

Aktiviti  : Pelajar belajar satu persatu cara ingin membuka adobe photoshop dan belajar cara untuk mengsuntingkan gambar-gambar didalam Adobe Photoshops. Pelajar ingin membuat iklan untuk perniagaannya dan beliau ingin mengetahui cara untuk "crop" & "edit text" didalam gambar tersebut. Selain itu pelajar juga diajar cara untuk "padam background belakang" dan diberikan pendedahan berkaitan warna yang menarik untuk diletakkan didalam iklan tersebut. 

GambarKlikDisini

Tarikh : 10 April 2019 (Rabu)
Masa : 2.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Tasek Permai
Peserta 3 orang


Tujuan   : Kelas ini adalah untuk bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang projek 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapkan dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dijalankan melalui Frog VLE, yang boleh diakses di sekolah atau di mana juga, dengan adanya sambungan Internet.

Aktiviti  : Pelajar belajar satu persatu cara ingin membuka laman website 1BestariNet untuk belajar cara untuk mengakses Frog VLE serta seluruh sumber dan aplikasi global daripada Google, Khan Academy, dan banyak lagi, selain anda boleh mengikuti butiran akaun pelajar dalam rangkaian Yes.

GambarKlikDisini