Tarikh : 28 Jun 2019 (Jumaat)
Masa : 8.00 Pagi - 4.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Tasek Permai
Peserta 30 orang


Tujuan   : Kelas ini adalah untuk bertujuan untuk mempelajari cara-cara buat anyaman lapik kaki menggunakan kain baju tshirt iaitu (Do It Yourselft),

Aktiviti  : Didalam kelas ini, pelajar diajar cara untuk membuat anyaman lapik kaki atau untuk alas apa-apa sahaja barang yang sesuai. Pelajar diajar cara untuk mengukur kain untuk potong mengikut size, cara untuk mengunting mengikut bentuk dan cara untuk memasukkan kain didalam acan yang disediakan. Setalah siap hasilnya mmg cantik dan warna warni mengikut kesenian seseorang itu membuat bentuk dan warna lapik kaki atau alas untuk meletak barang. Dengan mengadakan aktiviti ini komuniti dapat mengeratkan silatulrahim antara satu sama lain dan dapat melakukan aktiviti sihat diwaktu lapang. Pelajar juga dapat menjual hasil anyaman mereka jika hasil yang mereka buat menarik minat sesetengah orang yang melihatnya.

GambarKlikDisini

Tarikh : 22 Jun 2019 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang - 6.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Tasek Permai
Peserta 8 orang


Tujuan   
:
 Kelas ini adalah untuk bertujuan untuk memberi aktiviti kepada pelajar-pelajar untuk membuat kuiz-kuiz pembelajaran.

Aktiviti  : Didalam kelas ini, Pelajar membuat aktiviti-aktiviti membuat ulangkaji mata pelajaran dengan lebih teratur bersama rakan-rakan sekelas. Ianya adalah membuka minda pelajar untuk lebih mengetahui perbezaaan jawapan antara pelajar dengan pelajar lain.Dengan cara belajar secara berkumpulan ini adalah lebih seronok berbanding belajar berseorangan.Selain itu pelajar juga dapat membuat kuiz-kuiz yang menarik yang telah diletak didalam laman website tersebut dan boleh bermain bersama-sama pelajar lain

GambarKlikDisini

Tarikh : 12 Jun 2019 (Rabu)
Masa : 2.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Tasek Permai
Peserta 1 orang


Tujuan   : Kelas ini adalah untuk bertujuan untuk menpelajari cara-cara mengisi borang secara online didalam laman website tersebut.

Aktiviti  : Didalam kelas ini, pelajar diajar cara untuk memasukkan maklumat-maklumat peribadi pelajar didalam pendaftaran online. Pelajar diajar cara untuk mengisi borang pendaftaran didalam website tersebut. Selain itu pelajar perlulah merujuk kepada maklumat-maklumat peribadi yang dilampirkan untuk sama dengan apa yang hendak diisi. Contohnya nama maklumat peribadi keluarga ,jawatan yang ingin dimohon dan lain-lain lagi. Pendaftaran ini perlulah dikemaskini selalu supaya pelajar dapat ekolah yang ingin mereka mohon.

GambarKlikDisini

Tarikh : 17 Jun 2019 (Isnin)
Masa : 9.00 Pagi - 1.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Tasek Permai
Peserta 1 orang


Tujuan   : Kelas ini adalah untuk bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta cara untuk membuat Portfolio didalam Microsoft Word tersebut.

Aktiviti  : Didalam kelas ini, pelajar diajar cara untuk membuat Portfolio dgn format yang betul, tetapi peserta lebih lagi ingin mengetahui tentang cara untuk membuat border, font cantik, header dan footer dan macam-macam lagi.Pelajar juga diajar cara untuk membuat warna didalam text dan juga mewarna kan border yang telah ditambah didalam portfolio tersebut. Cara untuk memasukkan gambar didalam goggle image juga diajar.

GambarKlikDisini

Tarikh : 23 Mei 2019 (Khamis)
Masa : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yusuf, Batu Gajah Perak
Peserta : 290 orang


Tujuan   : Program ini adalah untuk menjayakan Program Klik Dengan Bijak bersama pelajar sekolah Di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yusuf, Batu Gajah Perak. 

Aktiviti  : Didalam program ini, Peserta diberikan pendedahan tentang Taklimat mengenai kebaikan dan keburukan penggunaan laman sosial zaman kini untuk "Klik Dengan Bijak" dan keselamatan menggunakan internet dengan cara yang betul dan juga akta-akta kesalahan jika menggunakan internet dengan cara yang salah. Taklimat ini sangat berguna dan memberikan kesedaran kepada masyarakat setempat tentang kebaikan dan keburukan menggunakan internet. Ianya adalah trend pada zaman sekarang untuk menggunakan internet dengan lebih berhati-hati tanpa melampaui batas dari sudut keganasan/politik/unsur negatif (lucah).

GambarKlikDisini