Tarikh | : 06 Oktober 2019 (Sabtu) |
Masa | : 2.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Tasek Permai |
Peserta | : 5 Orang |
Tujuan : Memberi pendedahan kepada pelajar tentang "Asas Pertandingan Menaip Terpantas" kepantasan menaip dan gaya menaip dengan betul dan pantas
Aktiviti : Pelajar didedahkan dengan perisian Typing Test (atas talian) dan juga cara penggunaan jari supaya dapat menaip dengan betul dan pantas bagi memastikan apa yang ditaip oleh pelajar lebih tepat dan teliti.Ianya dapat memberikan pelajar tersebut menaip dengan lebih teratur supaya dimasa akan datang pelajar dapat membuat sesuatu kerja dengan menggunakan komputer boleh menaip dengan cekap.
Tarikh | : 18 September 2019 (Sabtu) |
Masa | : 2.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internat Kg Tasek Permai |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan : Dalam kelas ini, Pelajar diberi pendedahan kepada peserta tentang kegunaan Kelas Penggunaan Google Map
Aktiviti : Peserta belajar cara ingin membuka goggle maps dan belajar cara untuk mengetahui kawasan-kawasan peta di goggle maps. Pelajar diajar cara untuk membuat kertas kerja menggunakan Microsoft Word dan juga cara untuk memasukkan gambar (suntingan gambar) peta didalam kertas kerja tersebut. Pelajar diajar cara untuk mempelajari dengan cara memuat naik gambar-gambar didalam goggle (image/maps) dan juga cara untuk memasukkan gambar tersebut didalam word.
Tarikh | : 14 September 2019 (Sabtu) |
Masa | : 9.00 Pagi - 1.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Tasek Permai |
Peserta | : 3 Orang |
Tujuan : Kelas ini adalah untuk bertujuan untuk pelajar belajar tentang cara menaip dengan pantas menggunakan (Nitro Type)
Aktiviti : Didalam kelas ini, Pelajar diberikan pendedahan satu persatu cara cara untuk menaip paling terpantas untuk memantapkan lagi cara taip mereka dalam bahasa melayu ataupon bahasa english. Selain daripada itu mereka juga diajar cara penggunaan jari yang betul supaya dapat menaip dengan betul dan pantas bagi memastikan apa yang ditaip oleh pelajar lebih tepat dan teliti.
Tarikh | : 14 September 2019 (Sabtu) |
Masa | : 9.00 Pagi - 2.00 Petang |
Lokasi | : Aeon Big Falim Ipoh Perak |
Peserta | : 150 Orang |
Tujuan : Program ini adalah bertujuaan untuk memberikan semangat kepada komuniti penduduk setempat tentang Semarak Perpaduan Dihati & Patriotisme Sempena Bulan Kebangsaan 2019 di Negeri Perak.
Aktiviti : Program membuka "booth" pameran ini adalah untuk memberikan sedikit sebanyak tentang kebaikan dan keburukan penggunaan laman sosial zaman kini untuk "Klik Dengan Bijak" menggunakan internet. Pameran ini sangat berguna dan memberikan kesedaran kepada masyarakat setempat tentang kebaikan dan keburukan menggunakan internet. Ianya adalah trend pada zaman sekarang untuk menggunakan internet dengan lebih berhati-hati tanpa melampaui batas dari sudut keganasan/politik/unsur negatif (lucah).
Tarikh | : 20 Ogos 2019 (Selasa) |
Masa | : 8.30 Pagi - 10.30 Petang |
Lokasi | : Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) Ipoh, Perak |
Peserta | : 40 Orang |
Tujuan : Program ini adalah bertujuaan untuk Pementapan Media Sosial Ke Arah Kecemerlangan Organisasi AADK 2019 di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) Ipoh, Perak seramai 40 Peserta yang disertai dari pegawai-pegawai AADK Seluruh Negeri.
Aktiviti : Program seminar ini adalah untuk memberikan sedikit sebanyak tentang tentang taklimat mengenai kebaikan dan keburukan penggunaan laman sosial zaman kini untuk "Penggunaan Media Sosial" dengan cara yang betul dan juga akta-akta kesalahan jika menggunakan internet dengan cara yang salah. Taklimat ini sangat berguna dan memberikan kesedaran kepada masyarakat setempat tentang kebaikan dan keburukan menggunakan internet. Ianya adalah trend pada zaman sekarang untuk menggunakan internet dengan lebih berhati-hati tanpa melampaui batas dari sudut keganasan/politik/unsur negatif (lucah).