Tarikh : 17 Ogos 2019 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Tasek Permai
Peserta 8 Orang

 

Tujuan   : Kelas ini adalah untuk peserta belajar pendedahan tentang Kuiz Pengetahuan Kahoot IT (E-Pembelajaran).

Aktiviti  : Didalam kelas ini, pelajar menjawab kuiz it yang disediakan menggunakan laman web Kahoot.It . Pelajar menjawab soalan-soalan berkaitan soalan umum yang disediakan didalam laman website tersebut. Ianya dapat memberikan sedikit hiburan dan juga pelajar lebih seronok untuk menguji minda masing-masing kerana permainan e-pembelajaran ini soalannya sangat mudah tetapi jawapan nya sangat mengelirukan pelajar. Dengan cara pembelajaran ini pelajar dan dapat bersaing menguji minda antara satu sama lain diantara pelajar.

GambarKlikDisini

Tarikh : 14 Ogos 2019 (Rabu)
Masa : 10.00 Pagi - 1.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Tasek Permai
Peserta : 1 Orang

 

Tujuan   : Kelas ini adalah untuk bertujuan untuk pelajar menpelajari cara-cara untuk memasukkan gambar didalam Microsoft Word untuk membuat kerta folio sekolah,

Aktiviti  : Didalam kelas ini, pelajar diajar cara untuk mempelajari asas-asas menggunakan Microsoft Word dengan cara memuat naik gambar-gambar didalam goggle dan juga cara untuk memasukkan gambar tersebut didalam text tersebut. Cara untuk membuat "Crop" gambar, "Frame" gambar, "Text" supaya tebal dan mempunyai "Underline" juga diajar. Untuk membuat "Box" dengan cara memasukkan gambar didalam box tersebut juga diajar satu persatu supaya pelajar paham langkah demi langkah.

GambarKlikDisini

Tarikh : 7 Ogos 2019 (Rabu)
Masa : 11.00 Tengahari - 1.00 Petang
Lokasi : Sekolah Kebangsaan Ho Seng Hong Perak Methodist.
Peserta : 100 orang

 

Tujuan   : Program ini adalah untuk menjayakan Program Klik Dengan Bijak bersama pelajar sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Ho Seng Hong Perak Methodist.

Aktiviti  : Didalam program ini, Peserta diberikan pendedahan tentang Taklimat mengenai kebaikan dan keburukan penggunaan laman sosial zaman kini untuk "Klik Dengan Bijak" dengan cara yang betul dan juga akta-akta kesalahan jika menggunakan internet dengan cara yang salah. Taklimat ini sangat berguna dan memberikan kesedaran kepada masyarakat setempat tentang kebaikan dan keburukan menggunakan internet. Ianya adalah trend pada zaman sekarang untuk menggunakan internet dengan lebih berhati-hati tanpa melampaui batas dari sudut keganasan/politik/unsur negatif (lucah).

GambarKlikDisini

Tarikh : 10 Ogos 2019 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Tasek Permai
Peserta : 8 Orang

 

Tujuan   : Kelas ini adalah untuk bertujuan untuk pelajar menpelajari cara-cara untuk memasukkan gambar didalam Adobe Photoshop

Aktiviti  : Didalam kelas ini, peserta diajar cara untuk mempelajari asas-asas menggunakan adobe photoshop dengan cara memuat naik gambar-gambar didalam goggle dan juga cara untuk memasukkan gambar tersebut didalam adobe. Ianya adalah bertujuaan untuk mempelajari cara untuk membuat iklan produk yang peserta jual didalam laman website dan facebook beliau. Selain itu pelajar diajar cara  untuk membuat game didalam nya dengan cara meletakkan gambar, text dan simbol untuk pergerakan game tersebut.

GambarKlikDisini

Tarikh : 4 Ogos 2019 (Ahad)
Masa : 8.00 Pagi - 10.00 Malam
Lokasi : Bulatan Sultan Azlan Shah Ipoh Perak
Peserta 300 orang


Tujuan   
:
   Program ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai dan pelbagai agensi untuk mengibarkan Jalur Gemilang dan menyemarakkan semangat patriotik dan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini.Ianya dapat meningkatkan semangat patriotisme dan rasa cinta kepada tanah air dalam kalangan rakyat Malaysia berbilang bangsa dan juga dapat memeriahkan suasana Sambutan Bulan Kemerdekaan di seluruh negara.

Aktiviti  : Mydin menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk ‘Raikan MalaysiaKu’ bagi menghargai komitmen seluruh rakyat Malaysia yang telah bangkit bersuara atas semangat cinta terhadap negara,” katanya pada majlis perlancaran program MyMerdeka Sayangi Malaysiaku di Mydin Meru Ipoh Perak, baru-baru ini.Turut hadir Exco Kerajaan Negeri, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim berkata, setiap NGO boleh memainkan peranan masing-masing bagi memastikan Jalur Gemilang dikibarkan sepanjang bulan kemerdekaan ini.

GambarKlikDisini