Tarikh | : 06 Mei 2018 (Ahad) |
Masa | : 2.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1 Malaysia Kg Tasek Permai |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan : Memberi pendedahan kepada peserta tentang untuk mendaftar sistem online untuk mendaftar Kemasukan lepasan pelajar untuk masuk Universiti/Kolej/Politeknik.
Aktiviti : Didalam kelas ini, peserta diajar cara untuk membuka website UPU Online untuk mendaftar kemasukan lepasan pelajar untuk masuk ke dalam Universiti/Kolej/Politeknik. Peserta diajar cara satu persatu tentang "sing up" dan "log in" untuk Sistem Pendaftaran di laman website tersebut dengan cara yang betul dan teratur.
Tarikh | : 24 April 2018 & 25 April 2018 (Selasa & Rabu) |
Masa | : 8.00 Pagi - 5.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1 Malaysia Kg Tasek Permai |
Peserta | : 10 orang |
Tujuan : Program ini adalah untuk menjayakan Program Kursus Asas ICT ( Media Sosial). Objektif program ini bagi menberi pengetahuan asas media sosial kepada peserta dan menggunakan media sosial sebagai medan berdakwah.
Aktiviti : Peserta diberikan pendedahan tentang Asas ICT ( Media Sosial) dalam sesi penggunaan Facebook, Youtube, Instagram, Blogger dan juga WhatApps pada zaman teknologi terkini. Peserta-peserta yang terlibat adalah daripada peserta ahli-ahli jawatankuasa masjid atau surau yang terpilih oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIP). Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pengetahun asas untuk mengetahui lebih lanjut tentang kelebihan dan keburukan menggunakan media sosial ini. Dengan adanya kami mengajar peserta dapat mencari maklumat-maklumat yang baik seperti ceramah-ceramah yang disampaikan oleh ustaz-ustaz didalam facebook ataupon youtube dengan lebih mudah dan jelas. Kami ajar juga cara untuk membuat akaun semua media sosial ini bagi memudahkan peserta tahu cara menggunakan media sosial zaman kini.
Tarikh | : 18 April 2018 (Rabu) |
Masa | : 2.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1 Malaysia Kg Tasek Permai |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan : Peserta belajar pendedahan tentang Sistem Mengakses E-Penyata didalam sistem online website yang disediakan didalam goggle.
Aktiviti : Peserta belajar satu persatu cara ingin mengisi borang yang perlu diisi setiap tahun untuk mengemaskini maklumat peribadi peserta didalam Website E-Penyata Gaji. Kami mengajar peserta untuk mengira kadar perbelanjaan beliau setahun dan juga kami mengajar beliau cara untuk memasukkan maklumat diri yang tidak lengkap untuk dihantar kepada pihak jabatan. Dengan cara kami mengajar beliau satu persatu cara yang betul, ini membuatkan peserta lebih memahami dengan lebih cepat dan cekap untuk beliau kemaskini dimasa akan datang.
Tarikh | : 23 April 2018 (Isnin) |
Masa | : 2.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1 Malaysia Kg Tasek Permai |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan : Kelas ini adalah untuk bertujuan untuk pelajar belajar pendedahan tentang EZLearn2U didalam sistem online pembelajaran yang telah disedikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri untuk kemudahan pelajar sekolah pada zaman sekarang.
Aktiviti : Didalam kelas ini, peserta diajar cara untuk membuka website EZLearn2U untuk membuat sesi E-Pembelajaran. Banyak ilmu dan juga pengetahuan am atau pengetahuan lain yang terdapat didalam laman website ini dan membuatkan ramai pelajar zaman sekarang makin mudah untuk mengubungi sahabat-sahabat lain untuk belajar secara online ataupon bermain game uji minda. Laman website ini dibuka adalah bertujuaan untuk peserta menpelajari cara-cara belajar didalam sistem online yang telah disediakan untuk mengulangkaji pelajaran,mengetahui tips-tips belajar dengan cara yang mudah dan betul.
Tarikh | : 14 April 2018 (Sabtu) |
Masa | : 2.00 Petang - 6.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1 Malaysia Kg Tasek Permai |
Peserta | : 8 orang |
Tujuan : Pelajar belajar pendedahan tentang Kuiz Pengetahuan Kahoot IT (E-Pembelajaran)
Aktiviti : Peserta menjawab kuiz it yang disediakan menggunakan laman web Kahoot.It . Pelajar menjawap soalan-soalan yang berkaitan pengetahuan am dan berkaitan soalan yang menglibatkan tentang perkakasan-perkakasan asas didalam komputer.
GambarKlikDisini