Tarikh 27 November 2018 (Selasa)
Masa : 10.00 Pagi - 1.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kg Tasek Permai
Peserta 1 orang


Tujuan   : Kelas ini adalah untuk bertujuan untuk pelajar membuat pendaftaran online kursus kahwin didalam website yang telah disediakan.

Aktiviti  : Didalam kelas ini, pelajar diajar cara untuk mengisi borang didalam sistem online yang telah disediakan. Pelajar yang ingin berkahwin perlulah mengisi borang-borang ini dengan lengkap. Kedua-dua pasangan hendaklah mengisi maklumat peribadi dengan betul dan juga mencetak maklumat tersebut untuk diberikan kepada jabatan agama. Selain itu pelajar diberikan keterangan berkenaan kkursus Pra Perkahwinan yang dilaksanakan di Jabatan Agama Islam adalah mengikut Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam. Kursus ini dianjurkan oleh semua Pejabat Agama Islam Daerah dan Bahagian Perundangan Keluarga, Jabatan Agama Islam dengan tujuan memberikan maklumat dan pendedahan awal kepada bakal-bakal suami isteri yang akan mendirikan rumahtangga. Ia diharap dapat dijadikan panduan oleh mereka dalam menghadapi kehidupan berkeluarga.Dengan adanya kursus ini akan dapat membantu dalam mengurangkan permasalahan rumahtangga dan perceraian yang dihadapi oleh umat Islam.

GambarKlikDisini