PILIHAN TEMPAT MAKAN DI BATU GAJAH

Pelbagai pilihan tempat makan yang menarik boleh dikunjungi oleh pelancong sekiranya datang ke Batu Gajah. Ini kerana Perak terkenal dengan keunikan makanan yang terdiri daripada pelbagai kaum misalnya Mi Rebus, Rendang Tok, Satay, Nasi Kandar, Muruku, Kuew Teow, Kacang Puteh dan banyak lagi. Antara destinasi yang menjadi pilihan masyarakat Batu Gajah adalah seperti berikut:

1. Top One Café

Apa yang menariknya tentang Café ini ialah menyediakan aneka jenis menu seperti masakan Thai, Masakan Melayu, Masakan Barat dan bermacam-macam jenis Cheese Cake. Berhadapan dengan Plaza Batu Gajah tidak menyukarkan pengunjung untuk mencari lokasinya. Harga bagi setiap penyediaan makanan adalah sangat berpatutan dan pelanggan pasti akan berpuas hati dengan servis yang ditawarkan.

Lokasi : No. 4, Jalan Pandak Akhat, 31000 Batu Gajah

Waktu operasi: Setiap Hari (Kecuali Rabu)

Masa : 11.30 pagi – 9.00 malam

2. Restoran Snana

Lokasinya tidak jauh daripada Pusat Ekonomi Digital (PEDi) .Tambahan pula, berdekatan dengan TF Value Mart memudahkan orang ramai mengunjungi restoran tersebut setelah penat membeli belah. Tom Yam merupakan sajian utama yang ditampilkan oleh Restoran SNANA dan terdapat pelbagai jenis aneka makanan turut disediakan.