Tarikh : 21 Oktober 2023 (Sabtu)
Masa : 10.30 Pagi - 12.30 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Tersusun Tasek Permai
Peserta : 2 Murid


Tujuan   
:
 Didalam Seminar ini melibatkan usahawan untuk belajar Pemasaran Digital OHSEM di Facebook, Instagram, TikTok dan REV!

Aktiviti  : Program ini adalah untuk memajukan ekonomi usahawan wanita untuk menerokai bidang pengdigitalan dan mengikut arus moden yg telah disara kan oleh pihak kerajaan sebagai langkah untuk menjadikan wanita Malaysia berkerja selain mnjadi suri rumah tangga. Banyak platform media sosial yang boleh dipelajari didalam Seminar OHSEM ini dan ilmu yang diberikan pada tenaga pengajar sangat manfaat untuk usahawan-usahawan setempat.

GambarKlikDisini

Tarikh : 18 Oktober 2023 (Rabu)
Masa : 9.00 Pagi - 2.00 Petang
Lokasi : Sekolah Kebangsaan Seri Tanjung, Kampung Orang Asli Sungai      Tonggang, Tanjung Rambutan Ipoh Perak.
Peserta : 200 Murid


Tujuan   
:
Didalam Program ini MCMC Pejabat Perak (PSO) dengan kerjasama JAKOA , SK Seri Tanjung dan Polis DiRaja Malaysia Balai Tanjung Rambutan telah mengadakan kolaborasi strategik bagi Progran Klik Dengan Bijak Bersama Orang Asli pada 18 Oktober 2023 bertempat di dewan orang ramai KOA Sungai Tonggang, Tanjung Rambutan Ipoh Perak.

Aktiviti  : MCMC Perak dan Petugas PEDi telah membuka reruai interaktif dengan memberikan perkongsian KDB khusus kepada penduduk orang asli yang terdiri daripada para pelajar sekolah rendah, golongan suri rumah dan warga belia. Selain membawakan topik perbincangan tentang penggunaan internet yang positif, turut diadakan adalah kuiz KDB secara secara langsung dalam usaha mendapatkan penyertaan dan minat peserta. Program ini mendapat sambutan yang amat baik dari semua yang terlibat

GambarKlikDisini

Tarikh : 05 Oktober 2023 (Khamis)
Masa : 9.00 Pagi - 5.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Dato Ahmad Said (KDast)
Peserta : Komuniti KDast


Tujuan 
:
 Program ini adalah Program Pemasaran Digital Wanita E-Juwita Negeri Perak.

Aktiviti : Program ini adalah inisiatif dari Menteri Besar Perak untuk memajukan ekonomi usahawan wanita untuk menerokai bidang pengdigitalan dan mengikut arus moden yg telah disara kan oleh pihak kerajaan sebagai langkah untuk menjadikan wanita Malaysia berkerja selain mnjadi suri rumah tangga. Peserta diajar 4 modul utama iaitu model bisnes canva, penjenamaan, content marketing dan trademark branding. Program ini ialah anjuran dari STEP Perak dan Sekretariat Pembangunan Wanita Perak yang menjemput khas tenaga pengajar dr IGB Training. Program ini juga melibatkan 32 orang peserta dari pelbagai agensi seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), TEKUN, Usahawan MAIPk dan sebagainya.Program ini mempunyai 2 tenaga pengajar yang akan mengajar usahawan-usahawan tersebut dan mempunyai aktiviti-aktiviti menarik yang dijalankan untuk menjadikan Program tersebut lebih seronok.

GambarKlikDisini

Tarikh : 10 Oktober 2023 (Selasa)
Masa : 2.00 Petang - 3.00 Petang
Lokasi : Secara Online
Peserta : 1


Tujuan   
:
 Kelas secara online ini adalah bertujuaan untuk mengajar Pelajar berkaitan cara membuat video story Instagram.

Aktiviti  : Didalam kelas ini, Peserta diberikan pembelajaran cara bagaimana untuk membuat video didalam instagram.Untuk membuat video didalam instagram satu Story, Ini adalah aplikasi dan video trending zaman terkini yang diminati oleh anak-anak muda zaman sekarang. Dengan pembelajaran itu peserta dapat belajar dengan lebih mudah lagi untuk masukkan tulisan, lagu dan juga gambar untuk mencantikkan lagi video tersebut.

GambarKlikDisini

Tarikh : 17 September 2023 (Ahad)
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Tersusun Tasek Permai
Peserta : 10


Tujuan 
:
Kelas ini adalah untuk bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara-cara untuk menaip dengan pantas tetapi melalui game yang menggunakan IQ kanak-kanak supaya lebih pantas untuk menaip.

Aktiviti : Semasa aktiviti dijalankan, Pelajar diberikan pendedahan satu persatu cara  cara untuk menaip paling terpantas untuk memantapkan lagi cara taip mereka dalam bahasa melayu ataupon bahasa english. Selain daripada itu mereka juga diajar cara penggunaan jari yang betul supaya dapat menaip dengan betul dan pantas bagi memastikan apa yang ditaip oleh pelajar lebih tepat dan teliti.

GambarKlikDisini