Tarikh : 16 April 2022 (Sabtu)
Masa : 11.00 Pagi - 4.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Tersusun Tasek Permai
Peserta : 300


Tujuan   
:
Program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat  tentang pendedahan Media Sosial secara online di Zoom Meeting.

Aktiviti  : Didalam program ini, melibatkan pihak dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) & Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, UPM & DigitalRACe, Universiti Malaya Living Lab. Peserta diberikan pendedahan tentang Taklimat mengenai kebaikan dan keburukan penggunaan laman sosial zaman kini untuk "Klik Dengan Bijak" dan keselamatan menggunakan internet dengan cara yang betul dan juga akta-akta kesalahan jika menggunakan internet dengan cara yang salah. Taklimat ini sangat berguna dan memberikan kesedaran kepada masyarakat setempat tentang kebaikan dan keburukan menggunakan internet. Ianya adalah trend pada zaman sekarang untuk menggunakan internet dengan lebih berhati-hati tanpa melampaui batas dari sudut keganasan/politik/unsur negatif (lucah).

GambarKlikDisini

Tarikh : 10 April 2022 (Ahad)
Masa : 2.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Tersusun Tasek Permai
Peserta : 1


Tujuan   
:
Kelas ini adalah untuk bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang cara menggunakan Email.

Aktiviti  : Didalam kelas ini, pelajar diajar satu persatu cara ingin membuka email, menghantar maklumat didalam email dan cara untuk memasukkan dokumen/ gambar kedalam Email.

GambarKlikDisini

Tarikh : 26 March 2022 (Sabtu)
Masa : 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Tersusun Tasek Permai
Peserta : 30


Tujuan   
:
 Program ni berkenaan Program Sembang Santai bersama KafeTEEN & PEDi Kg Pengkalan Baru secara online (goggle meet) bersama-sama peserta berumur 13 hingga 25 tahun.

Aktiviti  : Didalam program ini Pihak LPPKN memberi penerangan kepada peserta2 kanak-kanak dan juga remaja berkenaan Cinta & Maruah didalam kehidupan. Banyak cerita dan kisah menarik yang diberikan pengajaran kepada peserta yang terlibat. Selain itu peserta-peserta dari sukarelawan PEDi juga turut terlibat menjayakan program tersebut.

GambarKlikDisini

Tarikh : 1 April 2022 (Jumaat)
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Tersusun Tasek Permai
Peserta : 1


Tujuan   
:
Kelas ini adalah bertujuaan untuk mendaftar Kemasukan lepasan pelajar Tahun 1 2022.

Aktiviti  : Didalam kelas ini, pelajar diajar cara untuk membuka website SPS untuk Kemasukan pelajar Tahun 1 2022. Peserta diajar cara satu persatu tentang "sing up" dan "log in" untuk  Sistem Pendaftaran di laman website tersebut dengan cara yang betul dan teratur.

GambarKlikDisini

Tarikh : 22 - 23 March 2022 (Selasa - Rabu)
Masa : 9.00 Pagi - 5.00  Petang
Lokasi : Travelodge Hotel, Ipoh Perak
Peserta : 100


Tujuan   
:
Program ni berkenaan Program Mesra Dan Pemerkasaan Transformasi PEDI bersama-sama Petugas PEDi dan 
Suruhanjaya Kouminkasi Multimedia Malaysia (SKMM Perak).

Aktiviti  : Didalam program ini  Yang Berhormat Encik Khairul Shahril Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak telah hadir dan beramah mesra bersama para petugas PEDi. Turut serta hadir juga En. Zairulnahar Pengarah SKMM Pejabat Negeri Perak & Ianya adalah untuk bertujuan sebagai platform mengkoordinasi peranan serta hala tuju PEDi agar tindakan dan pelaksanaan aktiviti yang dirancang adalah selari dengan matlamat transformasi yang telah dirancang. Terdapat juga taklimat daripada syarikat SSM, MARA & Mdec.

GambarKlikDisini