Tarikh : 11 Januari 2024 (Khamis)
Masa : 9.00 Pagi - 6.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Tersusun Tasek Permai
Peserta : 50 Orang


Tujuan   
:
 Taklimat ini adalah untuk Sesi Penerangan bersama pegawai DOSM Negeri tentang objektif, tutorial dan soalan berbangkit untuk bersama-sama dalam gerak kerja pelaksanaan PADU di peringkat lapangan.

Aktiviti  : Didalam taklimat ini kami diberi keterangan tentang Petugas PEDi untuk membantu membuat hebahan atau menguar-uarkan kepada komuniti setempat ketika wakil-wakil daripada DOSM hadir untuk membuka kaunter fizikal PADU di PEDi. Petugas PEDi membantu komuniti setempat (yang memerlukan tunjuk ajar) untuk mendaftar dan mengemaskini maklumat individu di portal PADU. Pihak MCMC telah bersetuju untuk membenarkan pihak Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menggunakan PEDi sebagai salah satu lokasi kaunter pendaftaran dan pengemaskinian data individu rakyat Malaysia menerusi portal Pangkalan Data Utama (PADU). Majlis pelancaran dan Go Live PADU di peringkat Nasional akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri pada 2 Januari 2024

GambarKlikDisini