Tarikh | : 23-24 Februari 2019 (Sabtu-Ahad) |
Masa | : 9.00 Pagi - 4.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Tasek Permai |
Peserta | : 100 orang |
Tujuan : Program ini adalah dengan tujuan mmberikan kemudahan kepada pencari kerja dan pelatih pusat latihan yang terdiri dari lepasan SPM/STPM, siswasah, bukan siswazah, bukan siswazah, golongan belia, ibu dan bapa tunggal serta pesara.
Aktiviti : JobsMalaysia adalah sistem penjodohan pekerjaan automatik atas talian yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia. Sistem ini adalah satu modul daripada tiga modul yang terdapat di bawah projek Bursa Buruh Elektronik (ELX). Ia telah dilancarkan pada 30 Mei 2002 oleh YB Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. Wira Fong Chan Onn.Dengan cara ini ia dapat memberi kemudahan kepada pencari kerja untuk mencari peluang pekerjaan yang bersesuaian. Majikan pula boleh mendapatkan calon untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat mereka. Menerusi sistem ini juga, pencari kerja boleh membuat permohonan pekerjaan dan majikan boleh menguruskan permohonan pekerjaan yang diterima. Semua kemudahan yang disediakan ini tidak dikenakan sebarang bayaran. Setiap pendaftaran dijalankan dan diajar satu persatu cara dan langkah untuk mengisi maklumat peribadi dengan cara yang betul dan lengkap