Tarikh 30 Ogos 2018 - 1 September 2018 (Khamis - Sabtu)
Masa : 10.00 Pagi - 10.00 Malam
Lokasi : Mydin Meru Ipoh Perak.
Peserta 200 orang


Tujuan   : 
Program ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai dan pelbagai agensi untuk mengibarkan Jalur Gemilang dan menyemarakkan semangat patriotik dan nemupuk perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini.“Sebanyak 61 ikrar terbaik dan bermakna akan dikongsi kepada orang ramai menerusi media sosial selain menerima nombor plat PATRIOT dan baucar beli-belah Mydin,” tambah beliau.Orang ramai juga boleh menyatakan ikrar merdeka melalui platform e-ikrar dengan mengimbas kod QR yang terdapat pada platform media sosial Facebook, Instagram dan Twitter @mydinmalaysia atau layari terus laman web www.mydin.com.my. Ianya dapat meningkatkan semangat patriotisme dan rasa cinta kepada tanah air dalam kalangan rakyat Malaysia berbilang bangsa dan juga dapat memeriahkan suasana Sambutan Bulan Kemerdekaan di seluruh negara.

Aktiviti  : Mydin menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk ‘Raikan MalaysiaKu’ bagi menghargai komitmen seluruh rakyat Malaysia yang telah bangkit bersuara atas semangat cinta terhadap negara,” katanya pada majlis perlancaran program MyMerdeka Sayangi Malaysiaku di Mydin Meru Ipoh Perak, baru-baru ini.Turut hadir Exco Kerajaan Negeri, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim berkata, setiap NGO boleh memainkan peranan masing-masing bagi memastikan Jalur Gemilang dikibarkan sepanjang bulan kemerdekaan ini. Pada masa sama, Mydin turut menyasarkan pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) dengan sasaran 500,000 ikrar merdeka menerusi inisiatif Program MyMerdeka Sayangi Malaysiaku. Program ini diadakan di lima lokasi Mydin di seluruh negara termasuklah Mydin Meru Raya, Ipoh, Perak dari 30 Ogos hingga 1 September ini, Mydin Mutiara Rini, Skudai, Johor (6 hingga 8 September) dan Mydin Petra Jaya, Kuching, Sarawak (14 hingga 16 September), Mydin USJ, Subang Jaya, Selangor (16 Ogos hingga 19 Ogos) serta Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang (3 hingga 5 Ogos).

GambarKlikDisini